Make your own free website on Tripod.com

Kotoran Pada Pakaian

Nangka masak

Kerak Periuk

Kelapa Tahan Lama

Bersihkan Termos

Bungkus Dodol

Kawal Gugup Berucap

Air Liur Meleleh

Ulat Bulu

Mandul

Cabut Gigi

Waktu Dilarang Tidur

Larangan Kebiasaan

Menguatkan Tubuh

Faktor Lemahkan Badan

Faktor Jadi Pelupa

Minum Air Sihat

Waktu Larangan Minum Air

Mata Gunting Bau Teko
Pakaian Kena Getah Perkakas Tahan Karat
Bahaya Tidur Siang Hari Tertusuk Duri
Susah Tidur Peraturan Selepas Makan
Cara Tidur Nabi Muhammad S.a.w Faktor Yang Mendatangkan Penyakit

 

Tajamkan mata gunting

Ambil daun bambu kira-kira 10 helai.Potonglah daun itu dengan gunting yang tumpul.Selepas itu cuba gunting kertas atau pakaian dan jika masih tumpul ulangi langkah sebelum ini.

 

Mencuci kotoran pada pakaian

Pakaian yang kotor terkena dakwat maka dicuci dengan cuka atau air asam limau.Jika terkena minyak tanah pula kain itu diwap dahulu sebelum dicuci.Kotor yang terkena minyak pula maka maka dicuci dengan disapukan bedak dan biarkan bedak itu di situ selama beberapa minit kemudian baru basuh.Jika pakaian terkena darah maka dibilas dulu dengan air suam sebelum dibasuh. 

 

Mempercepatkan nangka masak

Dengan memotong bahagian tangkainya dan dimasukkan kayu bersih sepanjang 10cm di bahagian tangkai yang dipotong itu. Kemudian simpan atau peram buah nangka itu dalam tempoh beberapa hari dan pasti nangka itu mengeluarkan bau yang harum yang menandakan ia sudah cukup masak. 

 

Menyegarkan bau teko yang disimpan lama

Dengan menaruh sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum menyimpannya.Dengan cara yang sedemikian, teko tersebut akan berbau segar bila anda menggunakannya kembali. 

 

Mencuci kerak periuk

Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit, setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya. 

 

Menyimpan kelapa supaya tahan lama

Sebelum kelapa itu disimpan, hendaklah disapu dengan serbuk garam halus merata pada kelapa tersebut.Hasilnya kelapa itu akan tahan lama, tidak mudah berbau busuk dan berlendir. 

 

Pakaian anda terkena getah

Bahagian yang terkena getah itu dibasuh dengan air dan direntangkan di udara.Di bawahnya di bakar belerang.Wap dari belerang itu akan menghilangkan getah yang melekat pada pakaian. Pakaian yang terkena kunyit dapat dibersihkan dengan menggosokan kapur sireh pada bahagian pakaian yang terkena kunyit tersebut.

 

Membersihkan termos

Masukkan satu genggam tea ke dalam termos dan tuangkan air mendidih kira-kira setengah termos.Biarkan air itu dingin selama satu malam dan akan dapat melihat hasilnya.Jika tidak, ulangi kembali cara itu. 

 

Melepaskan bungkus dodol

Dodol biasanya dibungkus dengan kertas untuk mudah menceraikannya.Sebelum dibuka celuplah dodol yang terbungkus itu ke dalam air yang bersih dan pembungkus itu akan terbuka dengan sendirinya. Kalau dodol itu dibungkus dengan daun pisang, gunalah minyak goreng untuk membukanya. 

 

Menyimpan perkakas supaya tidak mudah berkarat

Semua perkakas yang hendak disimpan itu dicuci terlebih dahulu dan keringkan betul-betul.Kemudian sapu minyak kelapa merata dan terus dibungkus.Ia menyebabkan perkakas dapur tidak akan berkarat dan tetap bersih. 

 

PETUA MENGAWAL GUGUP

Ramai orang menganggap kegugupan (nervous atau stage fright) merupakan gejala yang paling besar sewaktu hendak berucap, apatah lagi ketika menghadapi audiens yang ramai bilangannya.Kegugupan ini akan lebih nyata kepada pengucap- pengucap yang tidak berpengalaman.Mereka akan kelihatan pucat,berpeluh,kaku, dan kadangkala menggeletar.Gejala ini jika dibiarkan akan menghilangkan konsentrasi pengucap terhadap isi kandungan ucapannya dan boleh menggagalkan terus sesuatu ucapan. Walaubagaimana pun,gejala kegugupan ini bukanlah suatu penyakit yang berterusan dan tidak boleh di atasi.Ianya boleh dikawal dengan kaedah-kaedah berikut:

i.Sedarilah bahawa kegugupan adalah perkara normal yang dihadapai oleh pengucap

Semua pengucap yang normal sama ada berpengalaman atau tidak, tidak akan terlepas daripada merasai kegugupan sewaktu hendak mula berucap.Ini adalah suatu realiti yang tidak dapat disangkal.Malah pakar-pakar pidato barat berpendapat bahawa kegugupan adalah sesuatu yang baik.Bagi mereka ianya merupakan suatu petanda bahawa kita mengambil berat terhadap audiens dan isi bicara kita. Jadi kita perlu menyakinkan diri kita sendiri bahawa pada hakikatnya kegugupan adalah fenomena biasa yang dirasai oleh semua orang, samalah seperti rasa lapar atau mengantuk.Dengan cara ini secara psikologi, kita dapat meghilangkan kerunsingan apabila kita gugup dan dapat memberi lebih tumpuan kepada apa yang hendak kita ucapkan seterusnya.

ii.Sebenarnya kita kelihatan lebih berkeyakinan daripada apa yang kita rasa

Memang benar, keyakinan tidak dapat dibuat-buat dan pendengar mudah menilai sama ada kita yakin atau tidak dengan bicara kita.Tetapi kita perlu sedar bahawa keyakinan adalah perkara dalaman (internal) yang tidak seratus peratus dapat dibaca oleh audiens. Melainkan dengan perbuatan kita sendiri yang mengambarkan kita tidak yakin untuk berhujah. Umpamanya,perbuatan seperti mengaru kepala, merenung siling, memandang lantai dan sebagainya. Kita perlu faham bahawa kita akan kelihatan lebih berkeyakinan di mata audiens, daripada apa yang kita sendiri rasa.Malah kita akan kelihatan lebih yakin lagi sekiranya kita dapat menghindar perbuatan-perbuatan negatif yang boleh mengambarkan kegugupan kita.

iii.Kegugupan boleh dikurangkan dengan pengalaman

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengalaman sahaja yang dapat mengurangkan kegugupan,ke paras yang optimum,yang tersembunyi di mata audiens.Semakin kerap seseorang itu berucap, semakin pandailah ia menyembunyikan kegugupan, dan semakin yakinlah ia berucap.Oleh itu rebutlah peluang untuk berhadapan dengan audiens atau berlatihlah berucap di hadapan kawan-kawan, ini juga boleh memberi pengalaman berucap.

iv.Audiens hadir untuk mendengar ucapan yang berkesan, bukan untuk mencari kesilapan kita

Satu lagi perkara untuk diingati ialah bahawa sebenarnya tiada audiens yang mengharapkan kegagalan ucapan kita.Mereka datang untuk mendengar buah bicara, di samping berkongsi pengetahuan dengan kita.Jadi sampaikanlah buah bicara kita sebaik mungkin dan jangan kecewakan mereka.Lazimnya audiens amat mudah memaafkan kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukan oleh pengucap.

v.Tumpukan lebih perhatian kepada isi ucapan daripada cara hendak mengucapnya

Apabilla kita berasa gugup, fikirkan apakah idea-idea utama seterusnya yang telah kita gariskan untuk kita ucapkan.Jangan sekali-kali berhenti berucap dan menumpukan fikiran kepada gaya mana sesuatu isi itu hendak dilafazkan.Ini boleh menjadikan kita lebih gugup.Sebenarnya berucap itu sendiri merupakan satu kaedah untuk mengurangkan kegugupan.Jadi janganlah berhenti.Sebaliknya teruskan ucapan sambil cuba menumpukan perhatian kepada idea-idea utama atau isi ucapan yang telah kita susunkan.

vi.Buat persediaan yang secukupnya

Inilah cara yang paling berkesan untuk mengawal gugup.Ramai yang bersetuju bahawa kegugupan berlaku kerana kurang persediaan.Oleh itu sebelum berucap, buatlah persediaan yang rapi dari segi isi,penyusunan isi,contoh-contoh atau petikan-petikan yang berkaitan dengan subjek dan peruntukan masa yang telah diberikan kepada kita.Jangan lupa berlatih, ini juga merupakan sebahagian dari persediaan.

vii.Gunakan kaedah-kaedah untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan

Terdapat beberapa cara untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan.Kaedah ini dilakukan sebelum berucap.Antara kaedahnya ialah bertafakur sejenak, menarik nafas panjang dan melepaskan perlahan-lahan atau membaca sepotong doa.Kaedah-kaeadah ini mungkin berfunsi kepada beberapa orang, tetapi bagi orang lain tidak.Akan tetapi kebanyakan pengucap bersetuju bahawa ketenangan dan pemusatan fikiran perlu untuk menjadikan ucapan lebih berkesan, berbanding dengan berucap secara tergopoh-gopoh dan dengan fikiran yang berkecamuk

 

 

Menahan Air Liur Anak Dari Meleleh Keluar

Betapa sedihnya apabila melihat kanak-kanak yang mengalami air liur yang sentiasa keluar.Agak sukar juga mengubati penyakit ini.Menurut ubat tradisional, caranya cukup mudah.Bahan ubatnya boleh didapati di mana-mana.Beli atau petik labu yang telah tua, sebaik-baiknya yang mahu dijadikan benih.Ambil tangkainya yang dekat dengan buah iaitu bahagian tangkalnya.Potong nipis sebesar wang syiling 50 sen atau 20 sen.Bahagian atasnya ditebuk untuk membuat lubang yang kemudiannya dicucuk dengan benang hitam.Masukkan ke leher kanak-kanak itu untuk dijadikan rantai leher.Mudah-mudahan air liurnya akan berhenti dalam masa sebulan atau dua minggu.

 

Susah Tidur

Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang merunsingkan.Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.Selalu menguap dan mengatuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur

 

Ulat Bulu

Anda mungkin pernah terkena ulat bulu kan dan menyebabkan kulit badan kita bengkak-bengkak dan kemerah-merahan.Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan ambil sepotong kunyit dan parut kunyit tersebut.Kemudian dicampurkan dengan kapur sireh dan air.Kemudian panaskan ramuan tadi dengan di atas api, dan setelah dingin maka sapukan ramuan tersebut pada bahagian yang bengkak itu. Lepas beberapa minit hilanglah bengkak tersebut.Kalau anda terkena sengatan lipan atau lebah maka ambil asam jawa dan tumbuk serta sapukan pada bahagian yang terkena luka itu.Insya-Allah, kesakitan sengatan itu akan berkurangan. 

 

Masalah Mandul

Bagi mengatasi masalah mandul, amalkan setiap hari memakan taugeh (kacang cambah) mentah dan seminggu sekali cuba makan rojak nenas.Insya-Allah, dalam masa 5 bulan akan nampak hasilnya. 

 

Tertusuk Duri

Ambil getah betik dan bubuh ditempat tersebut.Insya Allah, pagi esoknya akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya. 

 

Mencabut Gigi dengan Sendirinya

Ambil tempurung kelapa yang masih basah (jangan yang sudah kering) dan letakkan di atas cawan, dan letakkan bara api di atas tempurung itu dan biarkan sehingga keluar minyak tempurung yang menitik ke dalam cawan, ambil kapas dan celupkan ke dalam minyak tersebut dan letakkan ke dalam gigi , juga minyak itu hendaklah dititik ke gigi tersebut. 

 

Waktu-waktu dilarang tidur

Awal-awal pagi selepas terbit matahari,selepas masuk waktu asar, dan tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh daripada badan.

 

Bahaya tidur di siang hari

Mendatangkan penyakit kulit,merosakkan warna kulit,melemahkan jantung,menambahkan tekanan perasaan yang meluap,melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat dan melemahkan kecerdasan akal

 

Larangan-larangan terhadap amalan perbuatan dan kebiasaan yang boleh merosakkan kesihatan tubuh badan

Tidak boleh berjimak dalam keadaan terlalu lapar atau kenyang,mandi setelah selesai makan, memakan daging arbuk,berjimak dengan isteri yang tua,sentiada dalam keadaan keluh kesah dan berduka cita,berada dalam keadaan terlalu lapar,berjaga malam selain dari qiamullail 

 

Faktor-faktor yang menguatkan tubuh badan

Makan daging,suka menghidu bau-bauan yang sedap,banyak mandi bukan kerana jimak,pakai pakaian daripada kapas,mandi dalam keadaan perut tidak kenyang atau lapar dan makan makanan agak manis

 

Empat faktor yang boleh mendatangkan penyakit

Banyak bercakap,banyak tidur,banyak makan,banyak jimak 

 

Empat faktor yang boleh melemahkan badan

Banyak jimak,sentiasa dalam keadaan keluh-kesah,banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri dan banyak makan makanan masam.

 

Faktor-faktor yang membawa kita menjadi pelupa

Melihat benda-benda haram,bermain mata dengan perempuan,melancap,buang air kecil semasa menggosok gigi,minum air yang bercampur semut,tidak membaca al-qur'an seharian,mengadu-domba dan mengumpat,terlalu fikirkan perempuan atau sebaliknya,bercinta-cintaan,terlalu berfikir yang bukan-bukan, dan sentiasa berada dalam keadaan kelu kesah dan berduka cita. 

  

Larangan & Peraturan Selepas Makan

Dilarang keras terus tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati, hendaklah berjalan selepas sekurang-kurangnya 40 langkah dan sebaik-baiknya hendaklah sembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam. 

 

Supaya Air Minum Menyihatkan Badan

Minumlah 1 gelas air dengan 3 kali minum (teguk), jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya dan jangan meniup air yang hendak diminumnya. 

 

Waktu-Waktu Tidak Digalakkan Minum Air

Selepas bersenam, bersukan atau bekerja berat, selepas bersetubuh, selepas makan atau sebelumnya,ketika sedang makan, selepas makan buah-buahan, selepas keluar dari bilik mandi, dan ketika terjaga dari tidur. 

 

Cara Tidur Nabi Muhammad S.a.w

Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 malam dengan keadaan berwudhuk Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 pagi atau 2.00 pagi untuk bersugi,berwudhuk, dan bersembahyang tahajjud.Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.Tidurlah DENGAN MENGIRINGKAN BADAN DI SEBELAH RUSUK KANAN, RUSUK KIRI DI BAHAGIAN ATAS, SUPAYA TETAP KEDUDUKAN MAKANAN DI DALAM USUS,CEPAT HADAM MAKANAN.Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.