Khasiat buah betik ubat
sedu |
Cincang sepohon buah
pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air
limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit .
Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan
lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari. |
Kopi halia ubat kembung |
Sediakan secawan
kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula dipotong nipis
lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan.Perah air halia ke dalam
kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu
sebati dengan air kopi.Minum air kopi masa masih panas-panas sedikit
demi sedikit.Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang
selalu terasa badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap
badan. |
Khasiat dari akar kayu
sengugut |
Ambil secekak akar
kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu tapis air
tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali
sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya mata.Insya-Allah. |
Khasiat pucuk jambu |
Bagi wanita-wanita
yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil beberapa tangkai pucuk
jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit
garam.Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan segelas air suam,
biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3 hari
berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan muntah-muntah lagi. |
Khasiat daun
pisang menghaluskan telapak tangan |
Bila anda memakan
pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya,
ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan
air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi
lembut. |
Khasiat bunga raya
masalah gugur rambut |
Cari daun bunga raya
yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi
berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian
basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama
beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas. |
Khasiat daun jarak |
Ia mengubati
penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6
lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa
dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu
tidak jatuh, elok diikat dengan selendang.Insya-allah, penyakit itu akan
sembuh dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya. |
Khasiat dari akar kelapa |
Untuk sakit kulit
iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya.Penyakit ini
boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading.Potong
akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus.Air rebus itu diminum
segelas setiap pagi selama 1 minggu. |
Khasiat dari ubi jalar |
Untuk luka akibat
terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek
dicuci bersih dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur
sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang luka akibat terkena benda
tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh. |
Khasiat buah mentimun |
Untuk wajah yang
tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut mentimum lalu
parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar
ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit
itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian
sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah, bintik-bintik
hitam bekas jerawat itu akan hilang. |
Khasiat memakan belalang beras |
Jika dimasak secara
kukus, ia dapat mengubati penyakit susah hendak kencing seperti dedas.Ia
juga dapat mengubati penyakit buasir.Jika dimakan yang belum bersayap
dengan dibakarnya dapat menghilangkan bisa racun kala jengking.Jika
sentiasa memakan belalang ini maka dapat menguruskan badan. |
|